Monday, May 20, 2013

ehem! testing 789

Assalamualaikum.
ehem.

testing post kat belog gua yang semuanya baru. hasil kerja anak sedara.  comel tak kak ton? eh, comel tak belog gua? *kekening*
Takdak benda nak cerita pun ekceli. but, kena hidupkan jugak belog ni sebab anak sedara gua paksa update. Dia kata penat dia edit comel comel, gua taknak update apa apa.
JADIIIIIII,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Marilah kita dengar story mori mori pasal gua. sikit je lah nak cerita pun. nak dengar banyak banyak kena belanja ngeteh kat mana mana dulu lah. kihkih :3
Sekarang, pengajian gua dah hampir melabuhkan tirainya. means, gua dah masuk final year. tapi diploma je lah dulu. heheh
Sebelum masuk final semester ni, gua kena menjalani latihan industri dulu selama 2 bulan lebih sikit(short sem lah kiranya). Jadinya lepas ja tamat final exam semester 4 yang lepas, terus gua flying without wings pulang ke kedah. tanpa rehat yang cukup(tak cukuplah sangat!) gua kena masuk praktikal dah.
20 Mei 2013, masuk harini dah hampir 2 bulan lah gua menjalani hidup sebagai seorang pekerja yang berdedikasi(sila muntah hijau) di sebuah syarikat konsultan sivil & struktur area sg petani kedah.

dalam opis. lama tak buat muka annoying. haaaa, layan je lah. 

itu je lah yang boleh gua cerita.
Adios, amigos. Annyeong!

Saturday, October 6, 2012

SAYA KEMBALI!

Assalamualaikum semua!

Sihat ke? Cemana life korang sekarang?

Dah lama sangat aku stop posting kat blog ni. Seriously dah berbulan lama nya. since aku pun tak banyak sangat followers, so nevermind lah kan. kihkihkih ^___^

Aku sekarang sihat, alhamdulillah. Now, dalam mood final exam untuk Tahun 2 Semester 1... 2 more papers to go. then, akan bercuti semester selama 1 bulan ++ so, takde lah lama sangat macam budak degree kan?
wuhuhuhu T______T

So, nothing much i wanna say in this entry. btw, GOODLUCK to all of my friends in what ever you do!
google


okay, adios amigos! ASSALAMUALAIKUM :)


Monday, January 16, 2012

belog kacau bilau!

malas pulak nak tido.

okay, kita teruskan dengan entry yang seterusnya ye?

belog aku ni dari dulu lagi aku rasa tak pernah nak kemas susun aturnya. heh! macam mana nak buat eh?

aku sumpah tak reti bab edit belog ke, header,template bagai ni. tengok la buktinya. kemain lagi aku letak iklan

nuffnang kat atas puncak belog aku ni. ciss! sangat tak matang. miahahah :) kalau setakat letak atas sekali

dengan kemasnya tak apa lah. ini tak, sekali aku bedal 2 iklan nuffnang aku letak. tett~ tapi earnings still tak

naik naik. kahkahkah :) takdak rezeki namanya tu kan. hm, terima je lah.

aku memang dah try nak delete yang hat menegak tu, nak biar yang iklan panjang tu je. tapi hasilnya

tetap sama. conclusionnya : aku tak reti =.=' (tolong ajarkan peliss)

okay fine! dah tahu tak reti edit semua tu apesal nak main jugak dengan belog,nuffnang bagai ni? *monologdalaman*

entah laa, aku main belog ni untuk suka suka je. hahah. bila dah nampak follower betambah.

kesian pulak diorang. kalau follow aku tapi takda sebarang update, rugi pulak masa dan tenaga tekan butang

follow haritu kan. eh! yeke? hihi :)

dari situ la aku timbul niat nak rajin update lagi. hm, dah alang nak rajin kan.... aku nak try la jugak nuffnang ni

google
mana tahu, ada rezeki boleh dapat banyak earning. boleh kawen awai. kahkah *berangan* hurm, nasib tak

sebelahi aku nampaknya. belog aku jadik tak kemas sejak aku letak nuffnang. nak buang tak reti pulak.

kehkehkeh ;p (ini bagi aku lah) tapi kalau korang rasa belog aku dah cukup 'lawa' bagitau la eh?

ok, ngantuk balik. assalamualaikum again and again! selamat malam!

nasik

assalamualaikum semua!

masuk harini dah 2 hari aku tak makan nasik. dan, alhamdulillah tadi aku dah makan nasik buat kali

 pertamanya  sepanjang 2 hari ni. kahkahkah. teruja habis aku. tapi, apakan daya, nafsu makan ni memang

tak dapat dibendung! haish. kena makan jugak sebab dah benda depan mata kann....nasik goreng pataya

google
pulak tu. ish peberet ever tau! kihkih :)

so, korang amacam? makan nasik sehari berapa kali? kalau nak 'kuruih'

macam aku, hahahaha better makan

2 hari sekali cukup. itu paling maksimum ya anak anak! LOL

okay assalamualaikum again semua! nak opp lappy dah ni. selamat malam. ilappyuu. eh! <3 hahaha

Thursday, January 12, 2012

#wordless thursday!

assalamualaikum semua!

errr, orang lain buat wordless wednesday. aku je terlepas sesorang gila buat wordless thursday! hahah :)

nahh, tengok ni.



tiga daripada empat buku tu aku beli pakai baucer 1 malaysia yang kerajaan bagi. heheh. alhamdulillah :)

kejadian tembak menembak depan UTHM

assalamualaikum semua!  :)

10/1/2012 bersamaan hari isnin, telah berlaku satu kejadian tembak menembak antara penjenayah dengan pihak polis berdekatan dengan kawasan UTHM. untuk cerita yang lebih lanjut, klik sini http://jombelajarlagii.blogspot.com/2012/01/kejadian-tembak-menembak-di-parit-raja.html?spref=tw

aku nak cerita pon aku taktahu sangat. time tu aku kat dalam bilik. kejadian tu jadi kat depan pintu masuk utama UTHM. jauh bebenor dengan kolej kediaman aku. hihi.

tapi, dikhabarkan penjenayah tersebut sudah ditangkap. alhamdulillah. kalau tak, memang seram jugak lah. huhu

Sunday, January 8, 2012

its sunday the weekends holidays!

assalamualaikum semua!

sihat ke? dah makan? mandi belum? haha ^_^

today is sunday! it's weekends holiday okay!

weekends akan boring sangat kalau takda aktiviti yang gojes. eh! yeke?
yess! weekends anda akan tersangat bosan kalau takda perancangan aktiviti yang mantap.

bagi aku kalau weekends ni selalu nya :

1) lepak dalam bilik je la.
2) online sampai lebam
3) khatam movies sampai tak tido
4) habis rajin, study la sikit (errr =.=')
5) fulus banyak sikit baru keluar shopping apa yang patut :)
6) kalau dah bosan gilerr dengan semua tu, solution aku adalah tido,tido dan tido! pheww~ memang keboringan sangat lah waktu tu. hahaha

aktiviti aku memang lah tersangat boring. so, kalau korang ada aktiviti yang super awesome lagi. pelis do leave your comment! heheh :) lepas ni boleh aku cuba aktiviti baruuu (senyum sampai telinga)

okay, harini fulus aku macam boleh tahan laa. hasil jimat cermat amalan mulia aku sebelum ni. heheh ;)
so, petang karang pukul 2 aku nak keluar dengan farina.
jom semua!

Saturday, January 7, 2012

selamat pagi semua! its saturday morning okay!

assalamualaikum w.b.t

selamat pagi dunia!
hari ni 7hb januari 2012 dah. sekarang pukul 5.30 pagi waktu malaysia :) cepat betul masa berlalu. dah seminggu aku,kita, dan semua tempuh tahun baru 2012 ni. alhamdulillah. semuanya berjalan lancar setakat ni.

oleh sebab hari ni hari sabtu. weekends holidays. so, normally aku tak tido malam. hahah. nak ambil kesempatan download lagu lagu, movie movie yang patut. sebab internet ni laju time orang tengah tido je. huhu =.= parah betul kan?

nasib aku ni jenis sanggup bersengkang mata. kahkahkah. *mende yang tak berpaedah ni memang laju je aku buat* lol ^__^

takda apa sangat pon aku nak update kat sini. cukuplah sekadar nak bagitahu yang aku ni sihat walafiat di sini. alhamdulillah. so, korang amacam? sihat ke? tido cukup ke? hihi.

will continue update later!
take care semua!
Assalamualaikum :)


ceria ceria selalu ya macam ni 

jangan asyik mendung je . cepat tua nanti! heheh

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA PENDUDUK BUMI :D

sumber gambar : google

sumber gambar : google

sumber gambar : google

Friday, December 9, 2011

happy birthday!

09 december 2011 hari jumaat.

selamat hari lahir kepada :

1) kak sakinah
2) kartika a.k.a qeqe

kak sakinah tu senior aku kat uthm. kenal dekat twitter je. jumpa pun tak penah. tapi dia baik.

ramah. tak sombong dan aku suka tweet dengan dia. em, selamat hari lahir yang ke 23 akak!

moga panjang umur, murah rezeki. berjaya dunia dan akhirat. keep in touch yaa!

kartika a.k.a qeqe asal beaufort,sabah. calssmate aku. orangnya sangat lawak. entah kenapa aku rasa begitu.

hehe. thanks qeqe sudi jadik kawan aku. sayang hang! selamat hari lahir. semoga panjang umur, murah rezeki

berjaya dunia dan akhirat! take care ;)

ni aku sertakan sebijik kek ;) enjoy!

kek ni kek zaman asrama aku dulu. malas google. ambil yang mana ada dalam simpanan  aje lah.
gooodnight semua!

i love you like a love song

aku dah macam addicted to this song lately!

ohh, tidakkk! *screaming*

aku tak penah sekali rasa nak suka lagu lagu genre sebegini sebelum ini.

actually aku tak suka selena gomez! aku tak suka justin bieber!

im sorry guys! tapi aku suka lagu2 diorang :  next to you! i love you like a love song!

aku dengar dah berjuta kali.

aku godek youtube sebab nak carik the best ever cover for the songs!

then, masih belum jumpa yang aku adore gilaa.

semua biasa2 saja.

Wednesday, December 7, 2011

#wordless wednesday

assalamualaikum semua. 

hari rabu adalah hari yang paling aku suka. 

nak tahu kenapa?

sebab...... WORDLESS WEDNESDAY lahh. hihi 

aku kan malas nak taip panjang panjang. 

so, kalau hari rabu aku cuma kena post entry untuk wordless wednesday ja. 

mudah dan cepat! :)

happy reading! hahaha. 

gambar takda motif langsung =.=

Tuesday, December 6, 2011

#spongebobs

ni pencil case kakak aku bagi. gebu gila kulit dia. comel pulak tu. hehe. sukaa.

terima kasih kakak ku sayang,lain kali beli la lagi *bodek bodek*

Sunday, December 4, 2011

#prosperity burger

assalamualaikum.
p/s : title actually tak bersangkut paut dengan cerita aku ni pon. hahah 

semalam, 3 dec 2011 aku keluar menuju ke batu pahat mall. dalam pukul 9malam sampai sana. keluar pun dah lewat. boring yang sebenarnya. tak rancang pun nak keluar. petang itu duduk duduk sembang dangan farina. tetiba muncul idea nak keluar. terus aku suruh yana tolong call mana mana kereta sewa yang available time tu. akhirnya, dapat jugak. heheh. 

tujuan utama bp mall diserbu sebab aku nak beli stok makanan je. sejak masuk first day untuk second sem haritu, aku takdak sebarang stok makanan pon. sobs T.T sedih oo. hahaha. siap terjah satu bp mall yang dah nak tutup tu, beli barang semua. aku dengan farina pon cari la kedai nak makan. how sad, semua kedai dah ontheirway to close. huh! 

akhirnya, kami berdua decide balik makan dekat mekdi (mac donald's) parit raja sahaja. 5 minit dari uthm. hah, senang. mudah dan cepat. hehe ^_^
 
aku makan happy meals chicken burger,ribena together with 1 piece of spicy chicken 'goreng' 
farina makan medium set of prosperity burger dan ayam goreng spicy jugak. ala,, prosperity yang baru keluar kat mekdi tuu. 




farina makan prosperity ni semalam
ni kitty soft paws with sword yang aku dapat semalam time beli happy meals

Wednesday, November 30, 2011

#wordless wednesday



setelah hampir 2 bulan tak update new entry. aku muncul balik dengan entry wordless wednesday. ni final project lukisan kejuruteraan aku untuk sem lepas. amacam? cantik dokk?? ^_^

Monday, October 10, 2011

#7 lelaki dayus kalau pukul perempuan?

assalamualaikum semua,,,,,,,

beberapa hari lepas aku pergi bp mall yang tak jauh dari uthm- tempat lepak yang selalu aku pergi walaupun surroundings dia tak best sangat. *sp best lagi kot*

dan,,,,,,,

semasa aku tengah beratur dekat mesin ATM nak keluarkan duit......  tiba tiba.... *nada saspens*
                                          ......
                                          ......
                                          ......
                                          ......
                                          ......
                                          ......
ada sepasang makhluk ALLAH. i am not sure whether the two person are husband and wife or just a friend.
then, 2 makhluk ALLAH tu bertekak dengan tanpa rasa malu depan orang ramai. itu pun aku tak pasti kenapa. *lupa nak tanya*
actually kedai yang si perempuan tu sebelah ATM yang aku pakai so that aku boleh la dengar 2,3 baris ayat yang keluar time diorang bergaduh.

si perempuan : kau sentuh aku, balai kita jumpa!! *denganKuatnya*
si lelaki : *aku tak berapa dengar apa yang dia bebel* (tapi nampak macam tengah nak pujuk)
si perempuan : hey! kau bagi balik phone aku. kau ambil apesal?? *sambil bebel2 entah apa aku takpasti*


si lelaki kemudiannya duduk sebelah perempuan tersebut


si lelaki : bla bla bla bla.... *aku tak dengar*
si perempuan : kau bagi balik la purse aku. kau nak ambil tu apesal haa? 
si lelaki : senyap sambil buat muka toya. 

then time aku tengah sibuk2 tekan mesin ATM tu diorang ni  hilang macam tu saja. tak tahu lah ke mana.

aku pikir la kan, diorang ni adalah sepasang kapel mungkin. sebab kalau nak consider lakibini tu jauh sama sekali. memang tak nampak langsung lah wajah kelakibinian pada rupa mereka. hahaha

bagi aku lelaki tersebut sememangnya tersangat :
1) dayus - pukul pukul perempuan pulak. hesy. apa nak jadi laa dunia sekarang. tangan lelaki nih asyik nak naik je kan? baran betul =.=


2) tak malu - main ambil je duit dengan phone perempuan tu tanpa rasa sedikit pun malu dengan kami orang awam yang tengah melihat pergaduhan diorang. manusia manusia *gelengKepala* 


3) kaki kikis - ni apa yang aku nampak la berdasarkan cara pergaduhan diorang ni. lelaki tu macam nak duit je. then mintak kat perempuan tu , dia tak nak bagi. lepas tu la laki tu nak naik tangan sangat.

p/s : hey laki! nak duit kerja la! kau tu ALLAH dah amanahkan jadi ketua keluarga,pemimpin. so, kau yang perlu cari duit nak tanggung anak bini. makan pakai segalanya. 
ini tak, mintak kat perempuan macam la perempuan tu pulak yang bertanggungjawab nak sara hidup kau. 

conclusion : kalau aku jadi perempuan tu memang aku dah report polis. dah la sentuh tak tentu pasal. nak pukul pulak tu. siap ambil purse dengan phone ikut sedap hati dia je.
google punya

google punya
memey tension lah kalau ada lelaki macam ni. = = ' grrrrrrr

Friday, October 7, 2011

#6 pengalaman hari ni

banyak benda yang berlaku hari ni dalam kamus hidup aku.

yang gembira
yang takut
yang sedih
yang penat
yang benci
yang malu
yang menyesakkan dada
yang memberatkan otak

dan semua itu telah mengajar aku erti kesabaran
sekian, terima kasih ;)
picture from google
                      

#5 aku nak cakap yang aku..........

aku suka baca blog aku stress giler .sebab memang stress habis la. kadang kadang berdekah aku gelak gelak. hihi ;) gelak sesorang pulak tu.

kadang kadang banyak jugak information bagus bagus dalam blog sedara kita tu. dan banyak jugak benda yang lawak lawak ;) 

so, i prefer kalau you all nak hilang kan stress ke hape , usha la blog tu. banyak entry entry yang mampu menggeletek perut semua 


okay, tenet problem nak loading punya la lama aku nak letak gambar satu ja pungg. #sighPanjangPanjang. 
goodnight semua . 

Thursday, October 6, 2011

#4 nak join jugak lah wordless wednesday macam orang lain buat tu. walaupun sekarang dah masuk thursday.

 see this . ce teka kat mana?

#3 bau lagi?

*hidung kembang kempis tengah hidu bau*

aduhh, apa benda la yang asyik aku bau 2 hari ni. busuk semacam kentut ja. kalau bau kentut, siapa yang kentut? eeee, tak senonoh. dah tahu kentut berbau tapi kentut dekat tempat orang ramai kenapa?

carik port baik sikit lah sayang. hahaha. aku pun selalu jugak asyik nak terkentut . tapi, kena tunggu line clear dulu lah. ala, biasalah. norma kehidupan. kalau tak kentut bukan manusia lah tu. heheh.

cerita pasal kentut nih, aku pernah dengar trademark pasal kentut. kawan kawan aku dolu2 cakap KENTUT ITU BEST. huahahaha. kenapa?


aku rasa jawapannya kita boleh jawab sendiri la kot. kahkahkah. memang aku mengaku. salah satu benda yang paling best kalau dilepaskan adalah KENTUT. so, be ware! jangan kentut merata sudah.